Seorang pedagang membahagi-bahagikan barangannya kepada dua bahagian untuk diletakkan di atas dua ekor keldai.
Mereka pun berjalan merentasi dataran serta bukit-bukau. Lama-kelamaan, salah seekor keldai, iaitu yang tua tidak larat untuk membawa barang-barang itu lagi.
Keldai tua itu pun berkata : " Hai, Kawan! Tolong pikulkan sedikit barang aku. Aku sudah tua dan sudah tidak berupaya lagi. " Keldai yang muda itu tidak mempedulikan keldai tua itu.
Keldai tua berasa sangat letih dan pening. Tiba-tiba, ia terjatuh dari atas bukit. Keldai tua itu cedera parah lalu mati.
Pedagang itu pun menguliti keldai tua. Dia meletakkan semua barang di atas keldai muda termasuk dengan kulit keldai tua itu.
Keldai muda berasa amat letih dan sambil mengeluh, " Ah, jika aku menolong keldai tua tadi, sudah tentu barang-barang dan kulihnya tidak akan aku bawa! "
Keldai muda meyesal sangat tetapi sudah terlambat.
Pengajaran dalam cerita ini adalah :
"Sikap tidak mahu tolong-menolong akan merugikan diri sendiri "
# CERITA 2 : Si Kucing Membeli Racun Tikus
Si Kucing sangat cekap menangkap tikus. Setiap hari, ia menangkap untuk menyara hidupnya. Keadaan ini menyebabkan tuannya tidak memberinya makanan.
Oleh sebab kerajinannya, semua tikus hidup dalam ketakutan. Mereka terpaksa bersembunyi.
Pada suatu hari, bapa tikus mendapat akal. Ia pun meminta ayam jantan memujuk Si Kucing.
Kata ayam jantan kepada Si Kucing, " Wahai Si kucing, letih benar engkau menangkap tikus setiap hari! Bukankah sekarang ada racun tikus? Gunakanlah racun untuk membunuh mereka. Jika engkau berbuat demikian, sudah tentu engkau akan mendapatkannya dengan mudah!"
Si Kucing terpengaruh dengan kata-kata ayam jantan. Ia pun membeli racun tikus dengan banyak lalu menaburkannya di merata-rata tempat.
Selang beberapa hari kemudian, masih tiada seekor tikus yang termakan racun tersebut. Si Kucing pula kelaparan. Ia tidak sedar bahawa perkara ini adalah muslihat tikus.
Pada suatu hari, datanglah seekor tikus dari luar. Tikus itu termakan racun. Tikus itu pun mati. Oleh sebab lapar, Si Kucing pun terus menerkam bangkai tikus itu lalu memakannya. Malangnya, Si Kucing telah mati akibat termakan tikus yang beracun.
Pengajaran dalam cerita ini adalah :
"Berfikirlah sebelum bertindak "
No comments:
Post a Comment