TOPIK : RUANG
Standard
Kandungan
13.2 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi
Standard
Pembelajaran
Murid berupaya untuk mengenal pasti pelbagai bentuk tiga
dimensi seperti kubus, kuboid, piramid tapak segiempat sama, silinder dan kon.
Teknik
Mengajar
Terdapat beberapa teknik mengajar dapat membantu murid membezakan bentuk. Antaranya adalah :
Lagu
Lagu
meningkatkan seseorang dalam mengingatkan nama pelbagai bentuk. Manakala, mewujudkan
suasana gembira adalah penting kerana belajar sambil bermain adalah cara
pembelajaran yang paling berkesan.
Berikut adalah contoh-contoh lagu untuk membantu murid mengenalkan bentuk.
Permainan Kecil
Melalui
permainan kecil, murid belajar matematik dalam suasana yang relaks dan
menyeronokkan. Permainan boleh dijalankan mengikut kumpulan.Ini seterusnya
meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran Matematik.
Antara salah satu permainan adalah melalui tiupan buih. Permainan ini boleh membantu murid membezakan bentuk bulat dengan bentuk lain. Contohnya :
Belajar bentuk bulat dalam permainan tiupan buih
Belajar melipat bentuk juga dapat membantu murid membezakan bentuk. Contohnya :
Cara melipat bentuk kuboid
Berikut adalah contoh murid -
murid mencipta model daripada bentuk-bentuk kubus, kuboid, piramid tapak
segiempat sama, silinder dan kon.
1) Kereta Meriam
2) Patung
3) Kamera
4) Rumah
5) Kereta
6) Zirafah